Sunday, April 18, 2010

Control Your Time, Don't Let It Control You


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam....alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan lebih saya tidak mengupdate blog ini, hari ini Allah telah memberikan peluang dan ruang utk saya mencoretkan sesuatu di sini. Beberapa bulan ini saya sangat2 terasa tentang betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia. Selalu sahaja saya mencari ruang waktu untuk saya update blog ini, tetapi apakan daya saya sebagai manusia yang lemah sekiranya Allah tidak mengizinkan. Banyak perkara lain yang perlu di"aula"kan. Alhamdulillah, khamis lepas baru sahaja selesai peperiksaan mid sem 2, tapi jangan lalai, final exam sedang berjalan mendekati diri...huhu.

Tempoh masa sebelum final exam tidak sampai sebulan pun lagi. Teringat ketika masih budak2, saya selalu merasakan bahawa sebulan adalah tempoh waktu yang agak panjang, jadi boleh relax2 lagi. Sekarang persepsi saya berubah 100%. Sebulan itu saya ibaratkan umpama beberapa kerlipan mata shaja. Sememangnya perumpamaan "waktu itu seperti pedang" adalah benar, kalau kita tidak sedar, "pedang" itu akan menyerang dan memotong kita. Jadi perlu sentiasa berhati2 dengannya. Umpamakan jika kita di dapur, kita akan gunakan pisau dengan berhati2 kerana tak mahu mencederakan diri. Begitu juga dengan masa, kita perlu berhati2 agar masa kita tidak jadi sia2.

Menyentuh soal masa, adakah anda merasakan masa itu emas? Atau emas itu masa ?  Kadang-kadang saya tak faham mengapa orang kata masa itu emas.. Jika mahu menyatakan masa itu mahal, adakah ia elemen yg boleh dibeli? Saya mahu bayar 1 billion ringgit utk mengembalikan sesaat yang lalu... tetapi, adakah masa boleh dibeli dengan wang ringgit? Jika benar ianya begitu berharga, kenapa sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti "Tak ada masa", "Tak cukup masa", "Tunggulah masa yang sesuai" , atau "Tengoklah, kalau ada masa"?? Begitu rendahkah nilai masa sehingga ianya bukan sesuatu yang perlu di kejar dan di cari walau apa pun alasannya? Sedangkan kapasiti masa bagi setiap manusia di muka bumi ini adalah sama sahaja i.e 24 jam sehari.

 Saya ada terbaca dalam satu blog, kebijaksanaan dalam mengatur masa memerlukan pengurusan yang bersandarkan kepada keutamaan dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Jika tidak, akan kedengaranlah alasan-alasan sumbang seperti di atas tadi. Sekiranya kita merasakan diri dalam keadaan yang sentiasa tidak produktif, besar kemungkinan sebenarnya kita telah dikawal oleh tabiat kerja bertangguh. Tabiat menangguhkan kerja ini biasa berlaku apabila kita lebih mengutamakan perkara-perkara yang lain yang tidak begitu mendesak dari segi keperluannya atau pun dengan sengaja membuang masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Ia berkait rapat dengan cara pengurusan masa masing-masing.

Teringat kata2 seorang Emperor of France, Napoleon Bonaparte, "space we can recover, but time never". Beliau mengatakan ruang/peluang kita boleh dapat/ganti semula tetapi masa atau waktu tidak sedemikian. Sesaat yang berlalu tidak akan kembali lagi, jika kita silap buat keputusan sesaat lalu ia akan terus jadi sejarah. Yang selebihnya adalah masa sekarang dan masa depan. Oleh itu sentiasa berhati-hatilah dengan setiap saat yang kita bazirkan, nanti ia akan disesali tidak berkesudahan. 

Pastikan masa digunakan sebaiknya seperti mafhum hadis Nabi Muhammad SAW, kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati. Teringat kata2 ustaz di sekolah dulu, kenapa pentingnya kita muhasabah diri setiap hari terutamanya sebelum tidur, kita perlu muhasabah kerana mungkin kita  tidak akan bangun lagi pada keesokkan harinya. Jika kita masih bangun, bersyukurlah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita menambah amalan kebaikan untuk menyucikan diri dari dosa2 yang kita lakukan. Satu perkara yang berkait dengan masa yang WAJIB kita ingat adalah, setiap hari baru yang kita lalui umpama sebuah kenderaan yang kita naiki yang semakin mendekatkan kita dengan destinasi kita, iaitu KEMATIAN. 

Ramai manusia sekarang terutamanya remaja mempunyai pandangan "masa muda adalah untuk enjoy, bila dah 40-an, tua2 nanti tumpu la pada ibadah". Saya mengaku, 10 tahun yang dulu, saya pernah berfikiran sebegitu. Namun, alhamdulillah Allah telah menunjukkan kepada saya betapa pentingnya masa muda digunakan dengan sebaik2nya untuk beribadah kepadaNya, bukan untuk perkara duniawi, kerana kita tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang untuk menjemput kita menemuiNya. Sedar atau tidak, mungkin kita tidak akan sempat merasai nikmat tua itu. Jadi, jangan sesekali letakkan usia tua kita dalam jadual ibadah dalam kehidupan kita. Oleh itu, hargailah masa yang masih diberikan kepada kita ini dengan sebaik2nya. Gunalah masa dengan bijak mengikut keutamaan kerja yang perlu dilaksanakan supaya kita tak tertanya-tanya lagi "Kemana agaknya perginya masa...?

Wallahua'lam.... Sekadar perkongsian bersama sebagai muhasabah diri dan kawan2 sekalian...^_^

JASA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT :

1. Meninggalkan sembahyang, Anugerah :Ular Saqar sedang menunggu.

2. Melewat-lewatkan sembahyang, Anugerah :Neraka WAIL sedang menganga. 

3. Meringan-ringankan syariat, Anugerah: Mendapat pandangan murka Al-Jabbar.

4. Mengumpat peribadi orang, Anugerah:Gunting neraka sedang diasah.

5. Menyebarkan gossip atau fitnah, Anugerah : Duri- duri menanti anda di taman neraka.

6. Tidak menjaga pergaulan, Anugerah: Libasan api neraka dijanjikan.

7. Tidak berakhlak dengan manusia, Anugerah: Kemurkaan Allah bersama mu.

8. Menyakiti hati orang dengan lisan, Anugerah: Masuklah mana-mana pintu neraka.

9.Meringankan amanah, Anugerah :Angkatlah seberkas kayu dari neraka.

10.Bersangka buruk, Anugerah:Amalan baik diambil orang.

Wallahua'lam....sekadar renungan bersama...^_^