Sunday, January 17, 2010

~open your eyes~

بسم الله الرحمن الرحيم

Saja nk berkongsi lirik lagu "Open Your Eyes" nyanyian Maher Zain. Fahami dan hayati lirik ini, ada makna yang sangat dalam. ^_^

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony


Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?


Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
What's in front of your eyes
The biggest miracle of life..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..


SubhanAllah...indahnya Islam. Bukti apa lagi yg kita cari untuk membuktikan kekuasaan Allah, sedangkan semua bukti itu telah berada di sekeliling kita. Cuma kita sahaja yang sedar atau tidak tentang semua ini. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah Taala untuk menyaksikan sendiri salah satu kehebatan ciptaan-Nya pada 15 Januari 2010 yg lalu, iaitu gerhana matahari annular. SubhanAllah, cantik sekali. Di sini saya paparkan bersama gambar gerhana yg berjaya saya ambil. ^_^ 



Kalau dilihat pada situasi sekarang, ramai orang "membutakan" mata mereka sendiri daripada melihat dan membenarkan bukti2 ini, supaya dengan itu mereka bebas melakukan maksiat dan membuat dosa, nauuzubillah. "Buka"kan mata kita, hati kita, dan minda kita untuk melihat semua tanda2 kekuasaan Allah seterusnya tingkatkan iman kita, insyaAllah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segalanya...^_^

Telah berkata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab RA :
"kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam.
sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam,
nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah…!!!"


Friday, January 15, 2010

~exam oh exam~

بسم الله الرحمن الرحيم

salam...
pejam celik, pejam celik, tup tup dh nak exam dah. Rasanya macam baru semalam pengajian sesi baru bermula. Begitu cepatnya masa berlalu. Menjelang exam nih, ramai orang akan tension. Sehinggakan ada orang akan makan dengan buku, tido dengan buku, berjalan dengan buku, segala-galanya dengan buku. Tension nak menghafal semua nama2 parasite, nama2 drugs, pathogenesis of inflammation dan sebagainya. Tension juga memikirkan cara terbaik untuk menghabiskan semua silibus yg begitu banyak dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. Siapa yang tak nak berjaya kan? ^_^


Di saat-saat beginilah kita perlu mencari motivasi yang boleh menaikkan semangat kita untuk berusaha. Ingat, bila kita tension, sebenarnya kita telah membuka satu jalan untuk syaitan masuk ke dalam diri kita dan menghasut kita untuk melakukan perkara-perkara yang memudharatkan diri kita sendiri. MasyaAllah, begitu halus syaitan bermain dengan perasaan manusia. Jangan biarkan syaitan bergembira kerana kita kalah kepadanya, kita harus melawan perasaan itu. Baba saya selalu berpesan, tension macam mana pun, malas macam mana pun, paksakan diri berusaha dan baca buku, kerana kadang-kadang paksaan itu sebenarnya jalan yang membawa kita kepada kejayaan, dengan syarat niat kerana Allah. Jangan sesekali tinggalkan niat kerana Allah itu, kerana tanpa keredhaan Allah, kita tidak mungkin berjaya. Kalau berjaya sekalipun, kejayaan itu tidak bermakna pun.

Kita berusaha bermati-matian untuk mendapatkan result yg cemerlang. Kita bersungguh2 untuk lulus exam. Itu adalah perancangan kita untuk masa depan kita. Tapi kita harus ingat, kita hanya mampu merancang, namun Allah telah menetapkan perancangan yang terbaik untuk kita. Jika hasil yang kita dapat tidak sama seperti yang kita jangkakan, atau kita merasa hasil tersebut tidak padan dengan usaha kita, jangan sesekali mempertikaikan hasil tersebut, kerana Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Bertepatan dengan firman Allah, "Allah mengatur semua urusan."Ar-Ra'du:2. Mungkin ada silap yang pernah kita lakukan sehinggakan kita gagal mendapatkan apa yg kita inginkan. Malah mungkin Allah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita sebenarnya. Kita tidak tahu perancangan Allah terhadap kita, apa yang mampu kita lakukan sebagai hamba-Nya adalah berusaha sebaik mungkin, berdoa, seterusnya bertawakal.


Ramai yang salah faham tentang konsep tawakal. Tawakal perlu disertai dengan usaha dan doa. Tiga perkara ini memang tidak boleh dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Tidak lengkap satu daripadanya, maka cacatlah ia. Lihat sahaja pada erti tawakal itu sendiri : melakukan sesuatu sebaik-baiknya dan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita memang perlu bertawakal, tetapi setelah kita berusaha. Usaha seorang hamba sudah, dan usaha perlu diteruskan dengan doa yang istiqamah dan tawakal yang penuh kepadaNya. Yang penting, kita perlu mulakan dengan usaha yang sepadan dengan apa yang kita harapkan. Setelah berusaha dengan sehabis mampu, maka bertawakal lah kepadaNya. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar kepadanya.

Di saat kita tension, kita mungkin merasakan kita bersendirian, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan yg lain rileks jer. Pada masa itu, kita harus ingat kita tidak pernah bersendirian. Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya. Dia-lah tempat terbaik untuk luahkan apa yang terbuku di hati, melepaskan semua tension dan stress yang kita rasai. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar. Dia tidak meminta apa-apa pun sebagai balasan. SubhanAllah.


Akhir kalam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini, seandainya pernah tersilap kata, tersalah bicara, ataupun salah silap yang lain sama ada sengaja atau tidak. Sesungguhnya diri ini hanya insan yang kerdil, kadang-kadang tidak pernah terperasan apa yang diucapkan atau dilakukan sebenarnya mengguris hati orang lain. Ampun dan maaf dipinta. Halalkan semua makan minum, atau apa2 sahaja yang saya dapat selama perkenalan ini. Sama-sama berusaha yang terbaik, dan sama2 berdoa semoga kita najah di dunia dan akhirat, amin, insyaAllah. Buat kawan-kawan, ALL D BEST untuk exam nanti!!! ^_^

"sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, 
sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani,
sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai,
sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui,
jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi,
jangan pernah berhenti berdoa kpd Rabbi,
kerana harapan adalah masa depan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana DOA adalah pintu kebaikan, dan
kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman…"

Wednesday, January 13, 2010

~amanah itu berat~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pagi ini saya diberi kesempatan waktu oleh Allah utk mengupdate blog ini. Pertama sekali, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan PCI yang baru. Kalian mendapat kepercayaan oleh ahli2 PCI untuk memimpin mereka, semoga kalian berjaya menjalankan amanah yang ditaklifkan dengan sebaiknya, insyaAllah. Kepada semua ahli PCI, ingatlah bahawa kita juga punya amanah untuk menyokong dan bekerja dengan mereka. Jangan sekadar pandai pilih dan pandai kritik saja, kita yang memilih mereka, jadi kitalah yg perlu menolong mereka melaksanakan tugas2 yg diamanahkan.

Manusia memang tidak boleh lari dari amanah. Malah, sebelum dilahirkan lagi, kita sudah diberikan amanah oleh pencipta kita, iaitu suatu perjanjian untuk mengabdikan diri kepada yang Esa. Manusia juga  telah berjanji untuk memikul amanah sebagai menjadi khalifah mentadbir dunia ini. Ketika sebuah amanah ditempatkan di pundak mereka, mereka menerimanya. Ada yang merasakan bahawa amanah adalah kehormatan. Ada yang merasa bahwa amanah adalah kekuasaan. Ada juga yang menerimanya kerana ketaatan. Ada juga yang menganggapnya sebagai sebuah kewajipan untuk memikul amanah tersebut. Mereka merasa mampu dan layak memikul amanah itu. 

Pada masa yang sama, langit pun tak mampu memikul amanah itu, bahkan langit yang sedemikian luas tak mampu mengusung amanah di atas pundaknya. Di sini, di bumi yang keras dan berat, gunung-gunung tinggi dan besar juga menyerah, merasa tidak sanggup untuk memikul amanah. Hancur luluh dalam perasaan tidak layak untuk memikul amanah sebagai khalifah. Hanya manusia sahaja yang sanggup menerima taklifan yang berat itu.

Amanah merupakan tuntutan yang wajib ditunaikan. Tanpa menunaikan amanah, azab Allah akan berkunjung tiba. Dalam surah An-Nisa' ayat 58, kita dapat melihat bagaimana suruhan amanah ini merupakan perkara yang penting.

Dalam ayat ini juga, Allah SWT menyuruh nabi SAW dan sesiapa sahaja agar melaksanakan amanah terhadap sesiapa sahaja. Sama ada terhadap orang yang berbeza mazhab, malah juga berbeza agama.


Menurut Imam Fakruddin ar-Razi, amanah itu dibahagikan kepada tiga perkara; 
(a) amanah terhadap tuhan,
(b) amanah terhadap manusia, dan 
(c) amanah terhadap diri manusia itu sendiri.

Amanah terhadap tuhan adalah, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Adapun amanah terhadap manusia adalah, melaksanakan segala kewajipan yang wajib dilakukan terhadap manusia. Amanah manusia terhadap dirinya sendiri pula adalah, dia melakukan tindakan yang tidak memberi mudharat pada dirinya sendiri, sebaliknya terus melakukan tindakan yang melahirkan maslahah dan yang lebih baik untuk dirinya.

Imbas kembali selama kita bernafas di dunia ini sehingga sekarang, berapa banyak amanah yg sudah diberikan kepada kita, dan berapa banyak telah kita laksanakan amanah tersebut. Amanah kita sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai pemimpin, sebagai kakak/abang/adik, sebagai isteri/suami, sebagai sahabat, dan sebagainya. Begitu banyak amanah yg kita pikul di bahu kita. Allah telah tegaskan dalam al-Quran, sesiapa yg tidak melaksanakan amanah yg diberikan, maka dia akan diazab dengan azab yg sangat pedih, nauuzubillah.


Sememangnya amanah itu sangat berat. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan semua amanah yang terpundak di bahu kita. Hanya Allah sahaja sumber kekuatan utama kita, malah Dia-lah yang maha mengetahui akan sesuatu...^_^


" Hari ini bukan semudah semalam utk bergelar manusia smpurna..byk yg perlu dikorbankan..
byk juga yg terpksa dilepaskn..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah...
sesekali melangkah gagal, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan..
menentu kesabaran dan air mata..selagi prinsip hadup berada di atas landasan yg betul...
usah gusar pd 'ANUGERAH ALLAH'..
anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar utk mematangkn
kita utk bangun mnjadi manusia sesempurna INSAN..."


Tuesday, January 05, 2010

bahang kehangatan MTC Alex ke-3

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama x update blog nih, hari nih jari-jari saya terasa ringan untuk menekan butang keyboard lappy saya untuk mencoret sesuatu di blog ini... Tapi sebelum tuh, terlebih dahulu saya nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua. Lembaran baru sudah dibuka untuk kita, sekarang hanya tinggal untuk kita memutuskan sama ada mahu berada di "tempat lama" ataupun mula melangkah menuju ke "destinasi baru" yang lebih baik dari "tempat lama"...^_^

Selesai sudah bab tahun baru. Sekarang saya nak berkongsi dengan semua tentang Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI) ke-3 yang akan diadakan di Lecture Hall,CC pada 7 Januari 2010 (Khamis). Buat semua warga Alex, jangan lupa untuk hadiri MTC tu ye. Pada hari itu juga akan diadakan pengundian untuk menentukan tampuk kepimpinan PCI 2009/2010. Yang ni pun satu lagi perkara yang memerlukan kita untuk membuat keputusan, mahu terus bersama pimpinan lama ataupun mencorakkan satu barisan kepimpinan yang baru???hemmm...kedua-duanya ada pros and cons masing-masing.


Sebelum membuang undi nanti, fikir betul-betul siapa yang patut kita undi. Orang kata, "pilihan yang tepat menjamin masa depan". Pilihlah orang-orang yang boleh memimpin kita ke arah kebaikan dan membawa "something new" dalam PCI. Orang-orang baru juga harus berani untuk tampil ke hadapan dan menjadi pemimpin, sampai bila nak harapkan orang lama. Orang lama pun bermula sebagai orang baru juga, barulah boleh jadi orang lama, btul x?hehe...^_^

Di sini saya postkan beberapa manifesto yang saya dapat (sekadar membantu kempen...hehe). Mungkin ini boleh membantu kawan-kawan untuk membuat keputusan siapa yang nak diundi nanti :

1. Video "Jejak Pemimpin" yang dicipta khas untuk kempen Dr.Abdul Rahim bin Suhaini, calon Pengerusi PCI 09/10. Enjoy...^_^


2. Video untuk kempen kak Nurul Izyani Rosley, calon Timb. Pengerusi II PCI 09/10. Enjoy...^_^

Dan ini pulak khas untuk suma akhawat Alex. Calon-calon favourite untuk diundi nanti dan kenapa perlu undi diorang (siap ada yang wat konspirasi dalaman lagi...ish3)...haha.

1. Nur Asilah Abu Bakar (2nd Year) :
- ada pengalaman kerja dalam organisasi.
- pernah kerja dengan dia masa program sambutan pelajar baru (PSMB) JPA di Cairo, memang ada leadership.
- timb.S/U PSMB Alex.
- AJK UPI Alex.
- penolong ketua batch 2nd year.
- mudah bawak berbincang dan baik hati.

2. Lina Liyana Muhammad (3rd Year) :
- memang kenal dengan dia, sangat baik hati dan caring.
- mentor SC.
- pernah jadi SR batch tahun lepas.
- AJK Promosi BOOM 2009.

3. Siti Nur Aindah Rusli :
- kenal juga dengan dia, baik hati.
- timb.pengarah AWE 2009.
- mentor SC, memang rapat ngan adik2 SC.
- timb.S/U MTC Alex kali ni.

4. Sakinah Ismail (2nd Year) :
- seorang yang memang pandai berdebat.
- AJK UPP 08/09.
- kenal dengan dia, memang ada ciri2 seorang leader yang bagus.
- general manager Teratak Iskandar.
- musyrifah medic mesir.

5. Fatin Hamiza (3rd Year) :
- banyak pengalaman kerja dalam organisasi.
- mentor SC.
- S/U raya haji 2008/2009.
- SR Tahun 1 07/08.
- S/U Malaysian Day.
- timb.ketua sidang the Latest of Avicenna.

6. Salhatul Asma Ruslan (2nd Year) :
- kenal dengan dia masa jadi musyrifah Aras 6 tahun lepas, memang baik dan lembut orangnya.
- timb.pengarah Seminar Ibadah Pesakit baru-baru ni.
- AJK UPI Alex.
- S/U kursus mentor 2009.

7. Ruziyati Esmaon (3rd Year) :
- banyak pengalaman juga dalam organisasi.
- AJK UPI 2007/2008.
- AJK sukan SC gabungan 2008.
- mentor SC 2009/2010.
- AJK makanan AWE 2009.
- AJK dokumentasi Seminar Ibadah Pesakit 2009.

8. Nur Hasanah Shamsuri (3rd Year) :
- satu SC ngan dia, memang baik dan ketua yang bagus.
- AJK pameran Malaysian Daya 2008.
- AJK promosi MTC 2008.
- penolong bendahari unit Ekonomi PCI 2008/2009.

Hope apa yang saya berikan membantu kawan-kawan untuk buat pilihan yang tepat ye. Last but not least, jangan lupa datang ramai2 MTC nanti dan jangan lupa untuk jalankan tanggungjawab anda sebagai orang yang layak mengundi...^_^


"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul
dan Ulil Amri di antara kamu.
Dan kemudian jika kamu berlainan pendapat 
akan sesuatu perbezaan di antara kamu, maka kembalilah
kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian."
Surah An-Nisa' : 59