Wednesday, January 13, 2010

~amanah itu berat~

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pagi ini saya diberi kesempatan waktu oleh Allah utk mengupdate blog ini. Pertama sekali, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan PCI yang baru. Kalian mendapat kepercayaan oleh ahli2 PCI untuk memimpin mereka, semoga kalian berjaya menjalankan amanah yang ditaklifkan dengan sebaiknya, insyaAllah. Kepada semua ahli PCI, ingatlah bahawa kita juga punya amanah untuk menyokong dan bekerja dengan mereka. Jangan sekadar pandai pilih dan pandai kritik saja, kita yang memilih mereka, jadi kitalah yg perlu menolong mereka melaksanakan tugas2 yg diamanahkan.

Manusia memang tidak boleh lari dari amanah. Malah, sebelum dilahirkan lagi, kita sudah diberikan amanah oleh pencipta kita, iaitu suatu perjanjian untuk mengabdikan diri kepada yang Esa. Manusia juga  telah berjanji untuk memikul amanah sebagai menjadi khalifah mentadbir dunia ini. Ketika sebuah amanah ditempatkan di pundak mereka, mereka menerimanya. Ada yang merasakan bahawa amanah adalah kehormatan. Ada yang merasa bahwa amanah adalah kekuasaan. Ada juga yang menerimanya kerana ketaatan. Ada juga yang menganggapnya sebagai sebuah kewajipan untuk memikul amanah tersebut. Mereka merasa mampu dan layak memikul amanah itu. 

Pada masa yang sama, langit pun tak mampu memikul amanah itu, bahkan langit yang sedemikian luas tak mampu mengusung amanah di atas pundaknya. Di sini, di bumi yang keras dan berat, gunung-gunung tinggi dan besar juga menyerah, merasa tidak sanggup untuk memikul amanah. Hancur luluh dalam perasaan tidak layak untuk memikul amanah sebagai khalifah. Hanya manusia sahaja yang sanggup menerima taklifan yang berat itu.

Amanah merupakan tuntutan yang wajib ditunaikan. Tanpa menunaikan amanah, azab Allah akan berkunjung tiba. Dalam surah An-Nisa' ayat 58, kita dapat melihat bagaimana suruhan amanah ini merupakan perkara yang penting.

Dalam ayat ini juga, Allah SWT menyuruh nabi SAW dan sesiapa sahaja agar melaksanakan amanah terhadap sesiapa sahaja. Sama ada terhadap orang yang berbeza mazhab, malah juga berbeza agama.


Menurut Imam Fakruddin ar-Razi, amanah itu dibahagikan kepada tiga perkara; 
(a) amanah terhadap tuhan,
(b) amanah terhadap manusia, dan 
(c) amanah terhadap diri manusia itu sendiri.

Amanah terhadap tuhan adalah, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Adapun amanah terhadap manusia adalah, melaksanakan segala kewajipan yang wajib dilakukan terhadap manusia. Amanah manusia terhadap dirinya sendiri pula adalah, dia melakukan tindakan yang tidak memberi mudharat pada dirinya sendiri, sebaliknya terus melakukan tindakan yang melahirkan maslahah dan yang lebih baik untuk dirinya.

Imbas kembali selama kita bernafas di dunia ini sehingga sekarang, berapa banyak amanah yg sudah diberikan kepada kita, dan berapa banyak telah kita laksanakan amanah tersebut. Amanah kita sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai pemimpin, sebagai kakak/abang/adik, sebagai isteri/suami, sebagai sahabat, dan sebagainya. Begitu banyak amanah yg kita pikul di bahu kita. Allah telah tegaskan dalam al-Quran, sesiapa yg tidak melaksanakan amanah yg diberikan, maka dia akan diazab dengan azab yg sangat pedih, nauuzubillah.


Sememangnya amanah itu sangat berat. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan semua amanah yang terpundak di bahu kita. Hanya Allah sahaja sumber kekuatan utama kita, malah Dia-lah yang maha mengetahui akan sesuatu...^_^


" Hari ini bukan semudah semalam utk bergelar manusia smpurna..byk yg perlu dikorbankan..
byk juga yg terpksa dilepaskn..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah...
sesekali melangkah gagal, tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan..
menentu kesabaran dan air mata..selagi prinsip hadup berada di atas landasan yg betul...
usah gusar pd 'ANUGERAH ALLAH'..
anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar utk mematangkn
kita utk bangun mnjadi manusia sesempurna INSAN..."


No comments:

Post a Comment