Monday, December 21, 2009

~apabila malas menguasai diri...~


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebut pasal malas, pasti semua orang faham apa maknanya. Ketika saya menulis post ini, sebenarnya diri ini sedang dilanda kemalasan untuk membuat assignment pathology yang perlu dihantar ESOK! Ya Allah, esok adalah dateline untuk hantar asssignment, tapi diri ini masih lagi ada perasaan malas untuk menyiapkannya! (tapi bukanlah tak buat langsung, sikit lagi yang belum siap). Ahli bait saya selalu berkata,"ada jin malas kot dalam rumah ni". Selama ini kita buat endah tak endah jer kalau malas, tapi sebenarnya malas ini boleh membawa kepada natijah yang sangat besar dalam kehidupan kita. Contoh yang mudah, kalau kita malas nak baca buku, maka kita tak akan faham dan ingat apa yang kita pelajari, dan apabila tak faham dan ingat apa yang kita belajar, of course konfem 100% kita tak dapat jawab soalan exam. Kalau tak boleh jawab exam, maka kita akan fail dalam pengajian...nauzubillah. Nak bergantung kepada "jawapan tembak" semata-mata, banyak mana sangat la tembakan kita tepat ke sasaran...fikir-fikirkan.


Ingat kembali apakah tujuan utama kita diciptakan, tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t pencipta kita. Buktinya ada dalam ayat ke 56-58 dalam surah Adz-Dzariat yang bermaksud :

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah kepada-Ku, Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat"

Al-Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini : “Bahawasanya Allah ta’ala menciptakan makhluk untuk beribadah hanya kepadaNya saja dan tidak ada sekutu bagiNya. Barangsiapa mentaatiNya maka Allah akan membalasnya dengan balasan yang sempurna. Dan barangsiapa yang derhaka (menentang) kepadaNya maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang sangat dahsyat. Dan Allah memberitakan bahawanya Dia tidak perlu kepada makhukNya bahkan merekalah yang perlu kepadaNya dan Dialah Yang menciptakan dan Yang memberi rezeki mereka.

Allah tidak akan rugi jika kita meninggalkan-Nya, tetapi kitalah yang akan mengalami kerugian yang besar jika kita meninggalkan Allah. Malah Allah mengutuskan para anbia' untuk menyeru kepada manusia agar taat kepada Allah dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar di dunia supaya mendapat ganjaran yang Allah telah janjikan untuk kita di akhirat. Allah tidak memerlukan kita, kenapa kita perlu taat kepadaNya? Jawapannya senang sahaja, semua perintah dari Allah adalah satu nikmat agar kita menjadi terhormat, mulia, dan boleh kembali ke tempat asal mula kita iaitu syurga. 


Berbalik kepada topik utama kita iaitu "malas". Cuba kita sama-sama fikir, apabila kita malas melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan, adakah kita pernah merasa bersalah kerana tidak melakukannya? Contohnya, kita menunda solat kerana kita malas atau lebih mementingkan urusan duniawi, adakah kita rasa bersalah dengan Allah? Ya, memang kita masih menunaikan solat, bukannya meninggalkan terus solat, tetapi perasankah kita bahawa kita lebih mementingkan urusan dunia yang sementara berbanding solat yang menjadi penghubung kita dengan Allah hingga ke akhirat? Bahkan, semasa solat pun kita masih memikirkan urusan duaniwi, terus lupa untuk mencari kekhusyukan dalam solat itu. Jika difikirkan, adakah solat yang dilakukan itu diterima Allah? Ini semua gara-gara "malas"!


Sungguh, kita telah diperdaya dengan rasa malas ini. Bahkan saat malas beribadah, otak kita pun dengan kreatif akan segera berputar untuk mencari dalih ataupun alasan yang dipandang logik dan rasional. Sehinggakan apa-apa yang kita lakukan kerana malas, seolah-olah ada kebenarannya kerana alasan kita yang logik dan rasional itu, bukan semata-mata kerana malas. Ah, betapa hawa nafsu begitu pintar mengaburi pandangan hati kita! Jadi, bagaimanakah cara kita mengatasi semua kecenderungan negatif diri kita ini?

Cara yang paling baik yang harus kita lakukan adalah kita harus gigih melawan kemalasan diri. Kecenderungan malas itu kalau mahu diikuti terus menerus tidak akan ada hujungnya, bahkan akan terus membelit kita menjadi seorang pemalas kelas berat, nauzubillah. Kita harus memaksa diri membuat ketaatan. Sebagai contoh, kalau ada perasaan malas untuk membuat assignment, fikirkan kembali kenapa kita kena buat assignment tersebut. Bukankah membuat assignment itu juga adalah belajar? Belajar pula adalah ibadah. Jika kita malas membuat assignment, bermaksud kita malas belajar, malas belajar bermaksud kita malas beribadah. Malas beribadah maksudnya kita tidak mahu taat kepada Allah. Jadi, dengan segera kita akan rasa bersalah dengan Allah, dan kita akan memaksa diri untuk menyiapkan assignment tersebut. Senang je kan?hehe.

Oleh itu, bila muncul rasa malas untuk beribadah, itu bererti hawa nafsu berupa malas sedang merasuk menguasai hati. Segeralah lawan dengan mengerahkan segenap kemampuan yang ada, dengan cara segera melakukan ibadah yang dimalaskan tersebut. Sekali lagi, bangun dan lawan! InsyaAllah itu akan lebih mendekatkan kita kepada ketaatan. Janganlah kerana kemalasan beribadah yang kita lakukan, menjadikan kita tergolong orang-orang munafik, naudzubillaah. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa' ayat ke-42 yang bermaksud :

"sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali.”

Ingatlah bahawa kalau kita tergoda oleh bisikan hawa nafsu berupa kemalasan dalam beribadah, maka kita ini sebenarnya sedang menyusahkan diri sendiri, kerana semua perintah itu adalah satu kurnia dari Allah buat kemaslahatan diri kita juga. Cuba fikirkan, jika Allah menyuruh kita berzikir, siapa yang dapat pahala? Kita. Jika Allah menyuruh kita berdoa, lalu doa itu dimakbulkan. Siapa yang beruntung? Kita. Allah sedikit pun tidak ada kepentingan manfaat atau mudharat terhadap apa-apa yang kita lakukan. Malah, kita yang mendapat kebaikannya jika kita tidak menyerah kepada godaan "malas" ini.


Maka, sahabat-sahabat sekalian, sederhanakanlah hidup kita, paksakan diri untuk taat kepada perintah Allah kalau belum boleh mengikhlaskan diri dan meringankan diri dalam beribadah. Mudah-mudahan Allah melihat kegigihan diri kita memaksa diri ini, dan diubah menjadi tidak terpaksa kerana Dia-lah yang Maha Menguasai diri ini. InsyaAllah...^_^ 

"Tika aku minta bantuan, Tuhan beriku peluang, kerana melaluinya aku mula mencuba. 

Tika aku minta kejayaan, aku diberi kegagalan, kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.

Tika aku minta kekuatan, Tuhan berikan kesukaran, kerana melaluinya aku membina kekentalan diri.

Tika ku minta ketabahan, Tuhan beriku rintangan, kerana melaluinya aku teruji.

Betapa berharga segala yang ku alami, kerana Tuhan tak memberi apa yang ku minta

tapi aku menerima segala yang ku perlukan.

Itulah bahasa Yang Maha Esa..."


Thursday, December 17, 2009

~selamat tahun baru 1431H~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...
pejam,celik...pejam,celik...rupanya satu lagi tahun dalam kalendar Hijrah dah berlalu. Kalau kita lihat pada realiti umat Islam masa kini, rasanya ramai yang lebih mengingati tahun baru Masihi berbanding tahun baru Hijrah, sedangkan di sebalik perkataan "Hijrah" itu tersembunyi makna yang sangat dalam.


Hijrah secara umumnya bererti perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, dan ini bermula dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Yathrib (Madinah) demi keselamatan umat Islam daripada kafir Quraisy di Mekah dan pada masa yang sama untuk menyebarkan Islam. Selepas peristiwa inilah bermulanya perkiraan tahun Islam Hijrah. Penghijrahan ini membawa satu sinar yang baru kepada kepada Islam dimana tertubuhnya kerajaan Islam pertama di Madinah di bawah pimpinan Rasulullah SAW sendiri. Kerana hijrah ini jugalah Rasulullah SAW berjaya menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang bermusuhan sejak beratus tahun lamanya. Hijrah juga mengajar erti pengorbanan, sebagaimana besarnya pengorbanan kaum Ansar untuk kaum Muhajirin. Pelbagai kaum yang ada di Madinah hidup aman damai di bawah pimpinan Rasulullah. Inilah hikmah hijrah. Hijrah itu membawa kepada persaudaraan dan perpaduan. Teringat lirik lagu tema hijrah yang selalu berkumandang setiap kali tiba Awal Muharram :

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat 
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Para ulama' mendefinisikan Hijrah dengan makna yang lebih dalam, iaitu perpindahan daripada keburukan kepada kebaikan (perkara-perkara yang kufur kepada perkara-perkara yang diredhai Allah).

Sekarang, tanya pada diri-sendiri, sudah hijrahkah aku? Sudahkah aku menjauhkan diri dari segala kekufuran? Sedangkan aku masih lagi menunda solat kerana lebih mementingkan kerja-kerja lain, TV, tidur dan sebagainya. Aku masih belum menjumpai khusyuk dalam solatku. Aku masih kurang bersedekah, masih punya perasaan su'udzon terhadap sang penerima sedekah, masih menghitungkan keuntungan dunia sedangkan rezeki itu sudah ditentukan Allah di Luh Mahfuz. Sebanyak mana aku membaca al-Quran berbanding membaca majalah, komik mahupun buku-buku lain? Puasa sunatku masih jarang dan harus selalu diingatkan dan selalu dimotivasi. Qiamullail apatah lagi. Bagaimana pula kewajipan aku terhadap ibu bapaku, keluargaku dan orang-orang di sekelilingku? Sebanyak manakah aku bersedia untuk berhadapan dengan Allah di akhirat kelak sedangkan bekalanku ke akhirat masih terlalu sedikit.

Sempena tahun baru yang tiba ini, marilah kita sama-sama menanam azam baru untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Saban tahun usia kita semakin bertambah, dan masa kita di dunia ini semakin suntuk. Jika difikirkan apakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke akhirat, sudah pasti ramai yang akan berkata belum. Jadi, mulai sekarang marilah kita sama-sama menabur benih dan membajanya seterusnya kita kutip hasilnya di akhirat kelak untuk dipersembahkan kepada pencipta kita, Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan maha pengasih. Dia sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-Nya. Marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti perhambaan kepada Allah.


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada niat dan bagi setiap insan itu apa yang diniatkannya.". Betulkan niat kita, tetapkan arah dan destinasi, selarikan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Mudah-mudahan dengan hasrat tersebut, Allah s.w.t akan melakarkan kepada kita suatu perjalanan yang sentiasa dirahmati dan diredhai-Nya. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H kepada semua yang mengenali diri ini....^_^

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan,
adalah seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan.
Sesaat bersedih kerana redha Allah,
adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia.
Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna,
adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata.
Sesuci hati kerana cinta Ilahi, itulah hakikat cinta abadi…

Tuesday, December 15, 2009

miss my "siblings"

بسم الله الرحمن الرحيم

When i look at this picture again, i really miss my "siblings". Kawan-kawan yang saya anggap sebagai adik-beradik saya sendiri. Memandangkan keluarga berada jauh di tanah air, hanya kawan-kawan yang jadi "tempat bermanja"...haha.

Teringat kembali kisah bagaimana kami boleh saling mengenali. 22 September 2007 di Rumah Kelantan Baru, menjadi titik permulaan ukhuwwah kami. Masing-masing baru tiba di Mesir untuk menyambung pengajian di sini. Terasa begitu asing berada di tempat orang. Di RKB inilah kami berkumpul dan mula tegur-menegur antara satu sama lain. Dan setelah beberapa lama tinggal di Kaherah sambil menunggu nama "muqayyad", waktu itulah ukhuwwah kami menjadi begitu rapat. Siapa sangka, dalam waktu yang sesingkat itu, kami boleh menjalinkan sebuah jalinan persahabatan yang begitu akrab sehingga kini...alhamdulillah.

Tempat pertemuan kami : RKB

Saya masih ingat lagi semasa kawan-kawan hendak "tauzik" ke Mansurah, semasa mengucapkan selamat jalan, secara automatik air mata mengalir membasahi pipi. Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hendak berpisah dengan seorang sahabat kerana ukhuwwah yang begitu erat antara kami. 

Sekarang, masing-masing sedang meneruskan perjuangan di medan ilmu. Ada yang belajar medik, pergigian dan pengajian Islam. Perbezaan bidang pengajian tidak langsung mempengaruhi persahabatan kami. Malah, kerana perbezaan itulah kami lebih memahami antara satu sama lain dan menyokong antara satu sama lain. 

Dek kerana jarak yang memisahkan kami, YM dan telefon menjadi alat perhubungan. Setiap kali kami cuti, Kaherah menjadi tempat keramat untuk kami berjumpa dan melepaskan rindu. Sebab itu setiap kali cuti, tidak sabar rasanya untuk pulang ke Kaherah yang kami anggap sebagai kampung kami (walaupun bandar sebenarnya...hehe). Dan sekali-sekala, kami akan berjanji untuk berkumpul di Mansurah mahupun Iskandariah. Jarak yang jauh tidak pernah melemahkan jalinan persahabatan kami, malah mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami.

Kami akan rancangkan bermacam-macam aktiviti untuk menghabiskan masa bersama. Tapi waktu yang paling best ialah waktu makan beramai-ramai. Sapa yang kena masak memang kena masak banyak giler. Yela, sekali makan paling kurang 20 orang akan makan bersama. Memang riuh-rendah macam nak pecah syaqah 4 mahupun Rumah Samy yang menjadi tempat tinggal kami di Kaherah. Sampai ada ustaz yang tendang pintu syaqah suruh senyap sikit (nasib baik pintu tuh tak tercabut...haha). Lama-kelamaan, ustaz-ustaz pom dah tak larat dah nak larang kitorang. Mereka dah kenal dah muka-muka syaqah 4 dan Rumah Samy ni...haha.

Serius, ukhuwwah itu sangat indah. Apatah lagi jika ia dibina dengan niat kerana Allah Taala. Melalui ukhuwwah kita boleh dapat dan belajar banyak benda. Kita juga akan belajar untuk menerima kekurangan orang lain dan memperbaiki kelemahan kita. Ada seorang sahabat saya suka menyebut, "sahabat adalah cermin kepada diri kita". Memang betul, sahabat menjadi cermin untuk kita melihat apakah kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Sahabat juga boleh membantu kita untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...^_^

Ingatlah, jangan jadi "seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing". Orang yang mementingkan diri-sendiri tidak akan mendapat kesenangan, lebih-lebih lagi ketika susah. Sesungguhnya manusia itu lemah, kita tidak akan mampu hidup sendiri. Kita memerlukan orang yang menyokong kita ketika susah dan senang. Sesungguhnya, mempunyai satu sahabat yang sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri-sendiri. Akhir kalam, saya akhiri posting ini dengan satu kata-kata hikmah, "Dalam masa kejayaan, teman mengenal kita. Dalam masa kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita"...^_^

"Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, 
kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya.
Andai kita inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya.
Andai kita inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat,
yang hanya manusia biasa. 
Jangan diharapkan sempurna, kerana kita juga tidak sempurna…."

Sunday, December 13, 2009

Khas Buatmu Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...
Pagi ni saya nak berkongsi satu puisi khas buat semua muslimah di luar sana. Puisi ini saya dapat daripada seorang kakak dirasat yang juga merupakan kenalan rapat saya. Buat semua muslimah, baca dan cuba hayati puisi ini :

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH....
Adalah wanita yang beriman
Yang disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahagakan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama-sama dengan orang yang berjuang di jalan Allah

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang menjaga tutur katanya
Yang menjaga diri dan pemakaiannya kerana ia maruah wanita solehah
Yang tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifat penyayangnya
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang menghormati orang tuanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga keamanan rumahtangga
Yang bakal menjaga maruah dan kehormatan suaminya
Yang bakal mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang sentiasa menjaga imannya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja yang sia-sia
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana sentiasa mencari mutiara ilmu
Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah
Suaranya lesu kerana sentiasa membaca al-Quran
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Berjumpa subuh dengan penuh kesegaran
Kerana sekali usianya bertambah dengan penuh keimanan

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia hanyalah ladang bagi akhirat
Yang mana buah kehidupannya perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga-Nya
Di situlah rumah idamannya
Membawa bersama anak-anak dan suami untuk hidup bersama buat selamanya...
DIALAH WANITA IDAMAN SETIAP LELAKI SOLEH...


"Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata,
dan sebaik-baik keindahannya adalah wanita solehah..."
Riwayat Muslim

Saturday, December 12, 2009

Naim & KMPP in Memories

بسم الله الرحمن الرحيم


Pejam celik, pejam celik...tup tup dh hmpir 3 tahun saya meninggalkan dunia persekolahan... SMKA Naim Lilbanat...sekolah kesayangan yang terkenal dengan lokasinya yg terletak di belakang pasaraya Billion kt Kota Bharu tuh... Pak Guard pasaraya Billion tuh pom dh knl dh muka bdak2 Naim nih... Stiap kali outing, tak sah kalau bdak2 Naim tak pegi situ... Hujung minggu dimanfaatkan oleh bdak2 asrama utk pegi cari brg2 keperluan kat pasaraya tuh, jalan kaki ke situ x sampai 5 minit pom...haha... Tu yang best tuh... Aik? saya bercerita mcm la dok asrama masa skolah dulu... Ish...saya pernah tinggal kat asrama dulu, ms tingkatan 1, tu pom dok 3 bulan je... Then berhenti asrama kes tak tahan homesick...hahahaha...masa tuh saya tak matang lagi, br nk melangkah masuk alam remaja... Still tak bleh nk tinggalkan dunia kanak-kanak yang rapat dengan mak...asyik2 nk dok bwh ketiak mak je...:p


Actually, saya tak dok asrama...tapi bleh dikira mcm dok asrama jgak, tp special sket... Special apanya? Ha...sebenarnya saya tinggal kat umah warden, depan sekolah saya je (bleh tgk kedudukan umah saya dlm gambar di atas)...sebab baba saya warden asrama....sebab tuh saya nih mcm tinggal kat asrama je...mana taknya, makanan pom saya makan makanan asrama yg baba ambil kat kantin asrama, kalu malas nk g ambik baru la masak kat umah... Maklum la...baba dan mama kedua-duanya guru, tp di sekolah yg berlainan dan jauh plak tuh... Baba mengajar di sekolah saya Naim, mama plak mengajar di SMK Pak Badol kt Melor... So, mama tak tinggal kat umah warden Naim tuh, dia ngan adik2 saya yang sekolah rendah tinggal kat umah kami kat Peringat. So, kira mcm saya,kakak dan adik saya Amir mmg blaja hidup berdikari tanpa mak la...mama jarang2 sekali pegi umah warden tuh, sbb tuh boleh dikatakan khidupan saya mcm khidupan bdk asrama...mana taknya, baba mlm2 akan balik ke Peringat... So, 3 bradik duduk kat umah tuh sendiri la, menjalani hidup berdikari...aiii...5 tahun saya kat sekolah menengah, tak pernah pom merasa naik kereta ke, bas ke pergi ke sekolah...jalan kaki ada la...haha...^_^

Ni plak tempat perhimpunan yg diadakan setiap ari...tp tempat ni jgk slalu jd tmpat bdk2 buat aktiviti kokurikulum...siap ada yg blatih kawad kaki kat sini (saya la tuh...hehehe)...Ya Allah...tuhan saja yg tahu betapa rindunya saya pada suasana sekolah dulu... Rindunya saya pada kelas saya, rakan2 dan guru2... Maklum la...saya jadi ketua kelas slama 2 tahun berturut-turut, rapat la ngan cikgu and suma rakan2 dlm klas... Tapi, bukan senang nk jd ketua klas nih...adoiiii...penat2....lagi2 kalau bdak2 tak nak dengar arahan...huhu...


Ni la antara guru2 yang pernah mengajar saya di sekolah dulu...baba pom ada dlm gmbar di ats (sbelah kiri,pakai bj oren,blakang cikgu Suzuki yg pakai bj batik tuh...huhuhuhu...rindunya kat baba...)...Kehidupan di sekolah byk mematangkan saya, mengajar saya utk berdikari, mengajar saya utk menjadi seorg yg confident... Tima kasih byk2 cikgu2...hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa2 kalian...saya hanya mampu mengucapkan trima kasih yg tak terhingga dan insyaAllah saya akan sentiasa mendoakan cikgu2...baba jugak pernah mengajar saya subjek Quran Sunnah ms tingkatan 5...adoiii...kantoi bila kn soal dengan ayah sdiri...nsb baek boleh jawab...kah3... tinta2 guru2 sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan insyaAllah saya akan senantiasa mengingati segala kalam kalian...^_^


Kadet Remaja Sekolah (KRS)...maybe ramai yg x percaya saya merupakan salah seorang drpd mereka2 yg di dlm gmbar di atas...semasa di Naim,saya menyertai KRS,malah menyertai pasukan kawad kaki dan berjaya mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan 3 tahun berturut-turut,alhamdulillah...mula2 memang rasa letih saya berkawad,tp best!!! di tengah2 padang di bawah sinaran mentari yg memancar menghembuskan kepanasannya,di situ la saya dan rakan2 yg lain melempiaskan semangat berlatih kawad kaki sampai hangus muka...hehehe...namun,itu semua mengajar erti ketabahan...mengajar kami bahawa utk mencapai sesuatu kejayaan itu tidak semudah yg disangka...kejayaan itu adalah hasil titik peluh kami yang x berhenti berusaha...indahnya kenangan masa tuh...^_^

Terima kasih baba n mama kerana menghantar Wa blaja di Naim...^_^

To my friends...the moments we shared together at school were so beautiful and I will always remember all the moments...satu hari nanti insyaAllah kita akan dapat berkumpul smula, tp bukan sebagai pelajar sekolah lagi, tp sebagai seorang yg berjaya mncapai cita2 masing2...insyaAllah...nti kalu ada masa kita reunion kt KB Mall lagi ek...walaupun korang kdg2 tak dgr arahan saya dlm klas,tp saya sntiasa open-minded ngan korang...dun worry...marah2 korang dlm klas pom,saya tetap sayang korang...we will be friends forever ok...miss u all...see all of u soon...^_^

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang atau lebih glemer dipanggil KMPP...tempat inilah yang mengajar saya untuk hidup berdikari jauh dr keluarga...yela...dr skolah rendah hingga sekolah menengah saya tinggal ngan family...tiba2,kn g sambung blaja penang plak...first2,ingat mungkin akan homesick mcm masuk asrama dulu...tp alhamdulillah,dpt"adapt" ngan kehidupan jauh dr family,kehidupan berdikari,uruskan diri-sendiri tnpa family...kmpp nih mmg femes sbb matrik penang la antara matrik yang top kt Malaysia...saya sempat menimba pengalaman hidup di matrik lebih kurang 4 bulan sebelum fly ke Mesir...mcm2 pengalaman saya dapat kutip di sini...suka,duka,seram pom ada... saya akui suka blaja di sini, lecturer2 sumanya bagus2,mantap. Rakan2 satu tutorial tak kira bangsa apa suma baik2...di situ terbukti bahawa perbezaan bangsa tidak menghalang kita utk tinggal sebumbung, asalkan kita sudi utk saling bertolak ansur, pasti semuanya akan menjadi mudah...

Ha...yg ni plak blok asrama saya ms kt matrik...blok A3...Kompel Sri Ixora...huhuhu...asramanya memang selesa...just makanan kat kafe kadang2 mahal sgt,nk jimat kos,beli maggi la...maklum la...hidup jauh dr family...nk jimat duit sbb nk mnabung utk masa depan...haha...saya slalu pegi lepak kat bilik kawan yg satu blok ngan saya...bukan lepak yg buang masa,kitorg study la...buat study group...tu la kenangan2 indah yg saya rasai di sini sebelum membawa diri lebih jauh lagi...bawa diri ke Mesir utk teruskan perjuangan dlm bidang perubatan...^_^

Cuma satu perkara sahaja yang saya sangat2 tak suka sepanjang berada di matrik Penang, iaitu pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat bebas...mentang2 ibu bapa jauh di mata, kesempatan itu diambil utk ber'couple'. Rakan2 saya juga ada terjebak... masyaAllah...tuhan sahaja yang tahu betapa teruknya masalah sosial di kalangan remaja di situ... Lecturer2 bukannya lepas tangan, tapi disebabkan terlalu byk mslh 'couple' dan ikhtilat sampaikan tak menang tangan utk diatasi... Pasangan 'couple' yang dating mlm2 di tepi tasik begitu ramai... Sehinggakan ajk2 masjid yang membuat rondaan pun tak larat nk melarang... dh berbuih mulut mlarang dan mencegah diorg buat maksiat,tp bukannya diorg dengar... Bdak2 tuh buat acuh tak acuh je, "masuk telinga kanan,keluar telinga kiri"... Tu br tgk masalah sosial di matrik, tak tgk lagi kat luar...masyaAllah...apa nk jadi la dengan remaja2 masa sekarang... Yang lebih menyedihkan lagi, masalah tersebut hanya timbul di kalangan org2 Melayu sahaja, bangsa2 lain tak de masalah pom...sbb tu diorg lebih berjaya dlm pelajaran...!!!

Tak lupa jgak, sepanjang berada di situ, mcm2 cerita seram yang saya dengar... Ada org pernah mati dlm blok sebelah la, tido mlm2 tak boleh pandang siling, nanti kena rasuk la... Ada hantu dlm tandas la...mcm2 lagi la... saya pom tak tahu ntah btul ke tak cerita2 tuh suma...haha..

Ni la gambar kawan2 satu tutorial saya...H7P2 (LDK 44)...u guys mmg baik...thanks for all those sweet memories we shared together...friends forever ok!!!...Apa2pun, kawan2 saya kt matrik dulu suma dh melanjutkan pelajaran ke universiti2 tempatan... Ada yg ambik medik, engineering, sains kimia, sains persekitaran dan mcm2 lg la...and ada jgak yg dtg mesir amik medik kt sini,alhamdulillah... Tak kisah la ambik course apa2 pom...yang penting kita sama2 najah bukan sahaja di dunia, tetapi jgak di akhirat...insyaAllah...doakan kejayaan bersama...^_^

PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi.
SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN.
TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR.
TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL.
oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN.

Kenapa Nak Jadi Doktor???

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, saya berjaya juga memulakan langkah kedua dalam dunia "blog" ini. Pagi ini setelah tersedar dari mimpi yang membuatkan saya begitu liat untuk bangun memulakan amanah terhadap Allah, ilham untuk menulis entri terbaru ini tiba-tiba melayang masuk ke frontal lobe of hemisphere cortex saya (waduh2...haha).

"Kenapa nak jadi doktor?"...persoalan ini sering timbul di kepala saya semenjak saya ditanyakan soalan ini oleh seorang sahabat saya baru-baru ini. Jika ditanyakan soalan ini kepada kanak-kanak, mungkin jawapan mereka adalah "saya nak jadi doktor sebab saya nak tolong orang sakit", "jadi doktor boleh dapat duit banyak", "mak ayah saya doktor, saya pun nk jadi doktor jugak la" dan macam-macam lagi jawapan yang mungkin kita dengar. Tapi jika soalan ini ditanya kepada kita yang sudah pun menjengah dunia perubatan ini, apakan jawapan yang akan kita berikan? Mungkin kita sudah ditanya soalan ini semasa di sekolah dahulu mahupun semasa interview untuk dapatkan tajaan dan sebagainya, tapi saya rasa kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang berbeza dengan jawapan yang diberikan dulu.

Semasa sahabat saya menanyakan soalan ini kepada saya, saya terkedu seketika. Memikirkan apakah yang patut saya berikan sebagai jawapan. Ketika itu saya berfikir, selama hampir 3 tahun belajar medik, apakah yang saya harapkan sebenarnya daripada medik ini. Adakah sekadar mahu menghabiskan pengajian 6 tahun dan seterusnya bekerja untuk manyara keluarga? Ataupun belajar medik hanya kerana minat yang mendalam terhadap sains medikal sahaja? Sedar atau tidak, sebenarnya kita sering terlupa akan tujuan sebenar kita berjuang untuk belajar dan menuntut ilmu di dunia. Kita sering terlupa bahawa kita menuntut ilmu kerana itu adalah salah satu ibadah kepada Allah. Namun, manusia itu hakikatnya adalah lemah dan pelupa. Selama kita berjuang di medan ilmu ini, bermula dari tadika sehinggalah sekarang, agak-agaknya berapa banyak perjuangan kita itu diterima sebagai ibadah???(muhasabah diri...huhu).

Pada salah satu riwayat Muslim, Allah s.w.t berfirman :

" Apabila seseorang hamba-Ku berniat untuk melakukan sesuatau kebaikan, maka Aku akan tuliskan kebaikan itu untuknya, walaupun dia masih belum melaksanakan sesuatu kebaikan, dan apabila dia melaksanakannya, maka Aku akan tuliskan untuknya 10 kebaikan."

Subhanallah, belum buat lagi dah dapat pahala dah, apatah lagi kalau kita dah buat kebaikan tersebut. Sama juga dengan belajar medik. Medik bukannya sesenang ABC, banyak benda nk kena hafal, nama-nama parasite yang tak terkira banyaknya dan uniknya, nama-nama drugs dan lain-lain lagi. Kita faham betapa peritnya berjuang untuk belajar medik ini, namun sebelum kita memulakan perjuangan ini dulu, adakah niat kita berjuang kerana Allah?(masing-masing ada jawapannya).

Situasi ini bukan berlaku kepada para doktor sahaja, sama sahaja dengan mereka-mereka yang belajar course lain. Yang penting, mulai sekarang, kita tajdidkan niat kita berjuang di medan ilmu kerana Allah Taala. InsyaAllah akan dipermudahkan jalan untuk mnuntut ilmu, ilmu pun mudah nak masuk ke dada. Buat kawan-kawan seperjuangan, saya tujukan soalan ini kepada anda semua, KENAPA NAK JADI DOKTOR??? Sapa-sapa yang berminat bleh tinggalkan komen (saja nak tahu pendapat orang lain)...syukran...^_^

"Jangan berputus asa dalam mencari ilmu apabila ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk…"