Sunday, November 14, 2010

Tahniah Semua..^ ^

بسم الله الرحمن الرحيم


salam wbt...fuyyoo..dh 6 bulan lebih x update blog nih..akhirnya berjaya jgk jari2 saya bergerak menekan butang keyboard laptop tersayang...haha.

ALHAMDULILLAH...itu sahaja yg mampu diucapkan atas segala nikmat yang telah Allah berikan. Selama hampir beberapa bulan perancangan dan pelaksanaan dijalankan, akhirnya Seminar Perubatan dan Ibadah Pesakit kali ke-2 di bawah Perubatan Cawangan Iskandariah berjaya diadakan dengan lancar. 

Harap peserta2 yang menyertai seminar ini berpuas hati dengan pelaksanaan seminar ini. Tempat kira best la, bukan senang nk cari tuh, AJK dewan merantau satu Alex nk cari tempat nih, last2 dapat jgk dewan cinema nih...makanan pun best kan...hehe

Memegang jawatan timb.pengarah program ini sememangnya bukan mudah. Tapi alhamdulillah, Allah memberi kekuatan utk membuat yg terbaik, dibantu oleh ex-officio, pengarah dan AJK-AJK yang sangat rajin dan memberikan kerjasama yg terbaik yg pernah saya lihat,alhamdulillah.

Banyak pengalaman berharga yg saya dapat sepanjang program ini, insyaAllah akan saya jadikan sebagai pedoman sepanjang hidup. Semoga segala ilmu yang kita dapat dari seminar ini dapat kita manfaatkan dengan baik. Mulai sekarang, tetapkan "MATLAMAT" yang betul2 kita hendak capai sebagai seorang doktor muslim/muslimah. Terima kasih kepada semua yang menyokong seminar ini. InsyaAllah, seminar akan datang akan lebih hebat dan mantap.!!!

Kenangan Seminar

AJK-AJK yang sangat rajin

Bebas sket nk posing time xde orang...hehe

Buka kedai kopi sendiri kat luar dewan...haha

Diharapkan, ukhuwwah yg kita bina melalui program ini akan kekal hingga ke syurga,iAllah. Once again, terima kasih semua!!! Dan minta maaf kalu ada salah silap dan kekurangan apa2 sepanjang program, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya yang kerdil ini...jumpa lagi di "next psot".!! hehe...wassalam...^ ^

"Inginkan mutiara selamilah lautan.. Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan.. Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan,insyaAllah..."

Sunday, April 18, 2010

Control Your Time, Don't Let It Control You


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam....alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan lebih saya tidak mengupdate blog ini, hari ini Allah telah memberikan peluang dan ruang utk saya mencoretkan sesuatu di sini. Beberapa bulan ini saya sangat2 terasa tentang betapa pentingnya masa dalam kehidupan manusia. Selalu sahaja saya mencari ruang waktu untuk saya update blog ini, tetapi apakan daya saya sebagai manusia yang lemah sekiranya Allah tidak mengizinkan. Banyak perkara lain yang perlu di"aula"kan. Alhamdulillah, khamis lepas baru sahaja selesai peperiksaan mid sem 2, tapi jangan lalai, final exam sedang berjalan mendekati diri...huhu.

Tempoh masa sebelum final exam tidak sampai sebulan pun lagi. Teringat ketika masih budak2, saya selalu merasakan bahawa sebulan adalah tempoh waktu yang agak panjang, jadi boleh relax2 lagi. Sekarang persepsi saya berubah 100%. Sebulan itu saya ibaratkan umpama beberapa kerlipan mata shaja. Sememangnya perumpamaan "waktu itu seperti pedang" adalah benar, kalau kita tidak sedar, "pedang" itu akan menyerang dan memotong kita. Jadi perlu sentiasa berhati2 dengannya. Umpamakan jika kita di dapur, kita akan gunakan pisau dengan berhati2 kerana tak mahu mencederakan diri. Begitu juga dengan masa, kita perlu berhati2 agar masa kita tidak jadi sia2.

Menyentuh soal masa, adakah anda merasakan masa itu emas? Atau emas itu masa ?  Kadang-kadang saya tak faham mengapa orang kata masa itu emas.. Jika mahu menyatakan masa itu mahal, adakah ia elemen yg boleh dibeli? Saya mahu bayar 1 billion ringgit utk mengembalikan sesaat yang lalu... tetapi, adakah masa boleh dibeli dengan wang ringgit? Jika benar ianya begitu berharga, kenapa sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti "Tak ada masa", "Tak cukup masa", "Tunggulah masa yang sesuai" , atau "Tengoklah, kalau ada masa"?? Begitu rendahkah nilai masa sehingga ianya bukan sesuatu yang perlu di kejar dan di cari walau apa pun alasannya? Sedangkan kapasiti masa bagi setiap manusia di muka bumi ini adalah sama sahaja i.e 24 jam sehari.

 Saya ada terbaca dalam satu blog, kebijaksanaan dalam mengatur masa memerlukan pengurusan yang bersandarkan kepada keutamaan dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Jika tidak, akan kedengaranlah alasan-alasan sumbang seperti di atas tadi. Sekiranya kita merasakan diri dalam keadaan yang sentiasa tidak produktif, besar kemungkinan sebenarnya kita telah dikawal oleh tabiat kerja bertangguh. Tabiat menangguhkan kerja ini biasa berlaku apabila kita lebih mengutamakan perkara-perkara yang lain yang tidak begitu mendesak dari segi keperluannya atau pun dengan sengaja membuang masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Ia berkait rapat dengan cara pengurusan masa masing-masing.

Teringat kata2 seorang Emperor of France, Napoleon Bonaparte, "space we can recover, but time never". Beliau mengatakan ruang/peluang kita boleh dapat/ganti semula tetapi masa atau waktu tidak sedemikian. Sesaat yang berlalu tidak akan kembali lagi, jika kita silap buat keputusan sesaat lalu ia akan terus jadi sejarah. Yang selebihnya adalah masa sekarang dan masa depan. Oleh itu sentiasa berhati-hatilah dengan setiap saat yang kita bazirkan, nanti ia akan disesali tidak berkesudahan. 

Pastikan masa digunakan sebaiknya seperti mafhum hadis Nabi Muhammad SAW, kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati. Teringat kata2 ustaz di sekolah dulu, kenapa pentingnya kita muhasabah diri setiap hari terutamanya sebelum tidur, kita perlu muhasabah kerana mungkin kita  tidak akan bangun lagi pada keesokkan harinya. Jika kita masih bangun, bersyukurlah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita menambah amalan kebaikan untuk menyucikan diri dari dosa2 yang kita lakukan. Satu perkara yang berkait dengan masa yang WAJIB kita ingat adalah, setiap hari baru yang kita lalui umpama sebuah kenderaan yang kita naiki yang semakin mendekatkan kita dengan destinasi kita, iaitu KEMATIAN. 

Ramai manusia sekarang terutamanya remaja mempunyai pandangan "masa muda adalah untuk enjoy, bila dah 40-an, tua2 nanti tumpu la pada ibadah". Saya mengaku, 10 tahun yang dulu, saya pernah berfikiran sebegitu. Namun, alhamdulillah Allah telah menunjukkan kepada saya betapa pentingnya masa muda digunakan dengan sebaik2nya untuk beribadah kepadaNya, bukan untuk perkara duniawi, kerana kita tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang untuk menjemput kita menemuiNya. Sedar atau tidak, mungkin kita tidak akan sempat merasai nikmat tua itu. Jadi, jangan sesekali letakkan usia tua kita dalam jadual ibadah dalam kehidupan kita. Oleh itu, hargailah masa yang masih diberikan kepada kita ini dengan sebaik2nya. Gunalah masa dengan bijak mengikut keutamaan kerja yang perlu dilaksanakan supaya kita tak tertanya-tanya lagi "Kemana agaknya perginya masa...?

Wallahua'lam.... Sekadar perkongsian bersama sebagai muhasabah diri dan kawan2 sekalian...^_^

JASA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT :

1. Meninggalkan sembahyang, Anugerah :Ular Saqar sedang menunggu.

2. Melewat-lewatkan sembahyang, Anugerah :Neraka WAIL sedang menganga. 

3. Meringan-ringankan syariat, Anugerah: Mendapat pandangan murka Al-Jabbar.

4. Mengumpat peribadi orang, Anugerah:Gunting neraka sedang diasah.

5. Menyebarkan gossip atau fitnah, Anugerah : Duri- duri menanti anda di taman neraka.

6. Tidak menjaga pergaulan, Anugerah: Libasan api neraka dijanjikan.

7. Tidak berakhlak dengan manusia, Anugerah: Kemurkaan Allah bersama mu.

8. Menyakiti hati orang dengan lisan, Anugerah: Masuklah mana-mana pintu neraka.

9.Meringankan amanah, Anugerah :Angkatlah seberkas kayu dari neraka.

10.Bersangka buruk, Anugerah:Amalan baik diambil orang.

Wallahua'lam....sekadar renungan bersama...^_^

Sunday, January 17, 2010

~open your eyes~

بسم الله الرحمن الرحيم

Saja nk berkongsi lirik lagu "Open Your Eyes" nyanyian Maher Zain. Fahami dan hayati lirik ini, ada makna yang sangat dalam. ^_^

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony


Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?


Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
What's in front of your eyes
The biggest miracle of life..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..


SubhanAllah...indahnya Islam. Bukti apa lagi yg kita cari untuk membuktikan kekuasaan Allah, sedangkan semua bukti itu telah berada di sekeliling kita. Cuma kita sahaja yang sedar atau tidak tentang semua ini. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah Taala untuk menyaksikan sendiri salah satu kehebatan ciptaan-Nya pada 15 Januari 2010 yg lalu, iaitu gerhana matahari annular. SubhanAllah, cantik sekali. Di sini saya paparkan bersama gambar gerhana yg berjaya saya ambil. ^_^ 



Kalau dilihat pada situasi sekarang, ramai orang "membutakan" mata mereka sendiri daripada melihat dan membenarkan bukti2 ini, supaya dengan itu mereka bebas melakukan maksiat dan membuat dosa, nauuzubillah. "Buka"kan mata kita, hati kita, dan minda kita untuk melihat semua tanda2 kekuasaan Allah seterusnya tingkatkan iman kita, insyaAllah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segalanya...^_^

Telah berkata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab RA :
"kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam.
sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam,
nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah…!!!"