Friday, December 11, 2009

Langkah Pertama

Alhamdulillah...tanggal 11 Disember 2009, bersamaan 24 Zulhijjah 1430H, pada hari Jumaat yang damai walaupun terasa kesejukan cuaca bagaikan menusuk hingga ke tulang belakang, diri ini telah diberikan ilham dan petunjuk oleh Allah s.w.t utk membina blog ini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki ke dunia penulisan... saya memang minat menulis, mungkin mewarisi minat ini dari ayah (baba)...^_^

Dulu, saya menulis hanya sekadar menulis... Semasa di sekolah, saya pernah terfikir bahawa penulisan adalah satu wacana penting utk menyebarkan maklumat mahupun dakwah kepada masyarakat... Namun, saya tidak tahu ke mana harus saya 'salur'kan hasil penulisan saya... Dan saya sememangnya menanam cita-cita dari kecil lg utk menjadi seorang profesional, tp pada masa yg sama juga menjadi seorang pendakwah yang bleh menyatukan dakwah dengan profesionalisme... Ini juga hasil pengaruh daripada baba (ayah) saya sendiri... saya sering memerhatikan bagaimana baba mengaplikasikan method dakwah dlm profesionalisme... saya sgt mengagumi baba dan menyimpan harapan utk menjadi sepertinya... saya pasti baba tidak menyedari bahawa anaknya ini rupa2nya sgt terpengaruh dengannya...malah saya membuat keputusan utk menjejakkan kaki ke Mesir ini juga kerana baba...dari sejak kecil sampai la sekarang, saya selalu dengar baba bercerita tentang kehidupannya di Mesir, membuatkan saya begitu tertarik utk merasai kehidupan belajar seperti baba di ardhul kinanah ini... Ramai org cakap yg muka saya nih tak sama dengan baba, tp sama dengan mama... Mungkin muka kami tak sama, tapi perangai...hahaha...sebijik... Bak kata pepatah, 'Bapa borek, anak rintik' and "ke mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi"...hehe...

Sehinggalah saya mengenali dunia 'BLOG' ini... Baru saya tau bahawa blog merupakan satu medan yang disediakan istimewa kpd org2 yang suka menulis dan juga menjadi satu medan utk menyebarkan dan meluaskan dakwah Islamiah... Dulu saya hanya dgr je org menyebut, bercakap, berbincang psl blog...blog...blog...bla...bla...bla... saya just dgr je, tak tau pun apa itu blog pada masa itu... saya mula berminat untuk menjejaki dunia 'BLOG' ini apabila datang ke mesir... saya lihat ramai pelajar-pelajar di Mesir sama ada azhar mahupun perubatan, mempunyai blog sendiri dan di situ la mereka melempiaskan segala idea2 atau method2 dakwah mereka... Akhirnya setelah 2 tahun berada di Mesir, saya berjaya memulakan langkah pertama ini, alhamdulillah... Mungkin itu salah satu hikmah Allah menghantar saya ke bumi Anbia' ini... InsyaAllah, mungkin saya telah ditakdirkan utk mengembangkan bakat penulisan saya yang sedikit ini di bumi Mesir ini... Ada 'seseorang' tuh kata pada saya, yg bakat saya nih tak boleh di sia-siakan, perlu diperkembangkan...hermmm... Kalu pikir-pikir, sebenarnya kita kena hargai dan bersyukur dengan nikmat Allah berikan kepada kita... Jadi, saya decide utk memulakan era penulisan saya secara serius... InsyaAllah, posting-posting di blog saya ini sempoi sahaja... di sini la kalu nk latih diri utk blaja menyatukan dakwah dan profesionalisme...belum cuba belum tahu kan???hehe...^_^


Apa2pun, mungkin komitmen saya sebagai seorang pelajar perubatan akan sedikit-sebanyak men'difficult'kan saya utk memberi lebih tumpuan kpd penulisan di blog ini... Namun, saya akan berusaha dan cuba sedaya upaya utk membuat yang terbaik dan menulis posting-posting yang menarik utk blog ini... Semoga sumbangan saya yang sedikit ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t... Buat keluarga dan rakan2 saya mahupun pengunjung blog ini, teruskanlah membantu saya utk memantapkan lg bidang penulisan saya dan ideologi-ideologi dakwah Islamiah... InsyaAllah, saya sedia menerima apa2 komen atau kritikan, dan akan saya jadikan segala komen dan kritikan tersebut sebagai satu wadah utk saya terus bersemangat dalam memperjuangkan cita-cita saya, dan yang paling penting adalah utk terus menegakkan syiar ISLAM...^_^

Akhir kalam...saya akhiri posting yang pertama ini dengan satu madah... :

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa,
Segagah mana pun diri bukanlah pahlawan namanya jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah ratu namanya jika buruk tingkah lakunya,
Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia namanya jika tiada iman di dada,
Melangit mana pun ilmu bukanlah bijaksana namanya jika tidak diamal dan digunakan,
Sealim mana pun warak bukanlah ulama' namanya jika takbur dan riak,
Sebesar mana pun ujian bukanlah beban namanya jika hati sentiasa pada yang maha Esa..."

No comments:

Post a Comment