Saturday, December 12, 2009

Kenapa Nak Jadi Doktor???

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, saya berjaya juga memulakan langkah kedua dalam dunia "blog" ini. Pagi ini setelah tersedar dari mimpi yang membuatkan saya begitu liat untuk bangun memulakan amanah terhadap Allah, ilham untuk menulis entri terbaru ini tiba-tiba melayang masuk ke frontal lobe of hemisphere cortex saya (waduh2...haha).

"Kenapa nak jadi doktor?"...persoalan ini sering timbul di kepala saya semenjak saya ditanyakan soalan ini oleh seorang sahabat saya baru-baru ini. Jika ditanyakan soalan ini kepada kanak-kanak, mungkin jawapan mereka adalah "saya nak jadi doktor sebab saya nak tolong orang sakit", "jadi doktor boleh dapat duit banyak", "mak ayah saya doktor, saya pun nk jadi doktor jugak la" dan macam-macam lagi jawapan yang mungkin kita dengar. Tapi jika soalan ini ditanya kepada kita yang sudah pun menjengah dunia perubatan ini, apakan jawapan yang akan kita berikan? Mungkin kita sudah ditanya soalan ini semasa di sekolah dahulu mahupun semasa interview untuk dapatkan tajaan dan sebagainya, tapi saya rasa kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang berbeza dengan jawapan yang diberikan dulu.

Semasa sahabat saya menanyakan soalan ini kepada saya, saya terkedu seketika. Memikirkan apakah yang patut saya berikan sebagai jawapan. Ketika itu saya berfikir, selama hampir 3 tahun belajar medik, apakah yang saya harapkan sebenarnya daripada medik ini. Adakah sekadar mahu menghabiskan pengajian 6 tahun dan seterusnya bekerja untuk manyara keluarga? Ataupun belajar medik hanya kerana minat yang mendalam terhadap sains medikal sahaja? Sedar atau tidak, sebenarnya kita sering terlupa akan tujuan sebenar kita berjuang untuk belajar dan menuntut ilmu di dunia. Kita sering terlupa bahawa kita menuntut ilmu kerana itu adalah salah satu ibadah kepada Allah. Namun, manusia itu hakikatnya adalah lemah dan pelupa. Selama kita berjuang di medan ilmu ini, bermula dari tadika sehinggalah sekarang, agak-agaknya berapa banyak perjuangan kita itu diterima sebagai ibadah???(muhasabah diri...huhu).

Pada salah satu riwayat Muslim, Allah s.w.t berfirman :

" Apabila seseorang hamba-Ku berniat untuk melakukan sesuatau kebaikan, maka Aku akan tuliskan kebaikan itu untuknya, walaupun dia masih belum melaksanakan sesuatu kebaikan, dan apabila dia melaksanakannya, maka Aku akan tuliskan untuknya 10 kebaikan."

Subhanallah, belum buat lagi dah dapat pahala dah, apatah lagi kalau kita dah buat kebaikan tersebut. Sama juga dengan belajar medik. Medik bukannya sesenang ABC, banyak benda nk kena hafal, nama-nama parasite yang tak terkira banyaknya dan uniknya, nama-nama drugs dan lain-lain lagi. Kita faham betapa peritnya berjuang untuk belajar medik ini, namun sebelum kita memulakan perjuangan ini dulu, adakah niat kita berjuang kerana Allah?(masing-masing ada jawapannya).

Situasi ini bukan berlaku kepada para doktor sahaja, sama sahaja dengan mereka-mereka yang belajar course lain. Yang penting, mulai sekarang, kita tajdidkan niat kita berjuang di medan ilmu kerana Allah Taala. InsyaAllah akan dipermudahkan jalan untuk mnuntut ilmu, ilmu pun mudah nak masuk ke dada. Buat kawan-kawan seperjuangan, saya tujukan soalan ini kepada anda semua, KENAPA NAK JADI DOKTOR??? Sapa-sapa yang berminat bleh tinggalkan komen (saja nak tahu pendapat orang lain)...syukran...^_^

"Jangan berputus asa dalam mencari ilmu apabila ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk…"

No comments:

Post a Comment