Sunday, December 13, 2009

Khas Buatmu Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...
Pagi ni saya nak berkongsi satu puisi khas buat semua muslimah di luar sana. Puisi ini saya dapat daripada seorang kakak dirasat yang juga merupakan kenalan rapat saya. Buat semua muslimah, baca dan cuba hayati puisi ini :

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH....
Adalah wanita yang beriman
Yang disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahagakan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama-sama dengan orang yang berjuang di jalan Allah

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang menjaga tutur katanya
Yang menjaga diri dan pemakaiannya kerana ia maruah wanita solehah
Yang tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifat penyayangnya
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang menghormati orang tuanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga keamanan rumahtangga
Yang bakal menjaga maruah dan kehormatan suaminya
Yang bakal mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang sentiasa menjaga imannya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja yang sia-sia
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana sentiasa mencari mutiara ilmu
Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah
Suaranya lesu kerana sentiasa membaca al-Quran
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Berjumpa subuh dengan penuh kesegaran
Kerana sekali usianya bertambah dengan penuh keimanan

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah wanita yang sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia hanyalah ladang bagi akhirat
Yang mana buah kehidupannya perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

WANITA IDAMAN LELAKI SOLEH...
Adalah yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga-Nya
Di situlah rumah idamannya
Membawa bersama anak-anak dan suami untuk hidup bersama buat selamanya...
DIALAH WANITA IDAMAN SETIAP LELAKI SOLEH...


"Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata,
dan sebaik-baik keindahannya adalah wanita solehah..."
Riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment