Friday, January 15, 2010

~exam oh exam~

بسم الله الرحمن الرحيم

salam...
pejam celik, pejam celik, tup tup dh nak exam dah. Rasanya macam baru semalam pengajian sesi baru bermula. Begitu cepatnya masa berlalu. Menjelang exam nih, ramai orang akan tension. Sehinggakan ada orang akan makan dengan buku, tido dengan buku, berjalan dengan buku, segala-galanya dengan buku. Tension nak menghafal semua nama2 parasite, nama2 drugs, pathogenesis of inflammation dan sebagainya. Tension juga memikirkan cara terbaik untuk menghabiskan semua silibus yg begitu banyak dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. Siapa yang tak nak berjaya kan? ^_^


Di saat-saat beginilah kita perlu mencari motivasi yang boleh menaikkan semangat kita untuk berusaha. Ingat, bila kita tension, sebenarnya kita telah membuka satu jalan untuk syaitan masuk ke dalam diri kita dan menghasut kita untuk melakukan perkara-perkara yang memudharatkan diri kita sendiri. MasyaAllah, begitu halus syaitan bermain dengan perasaan manusia. Jangan biarkan syaitan bergembira kerana kita kalah kepadanya, kita harus melawan perasaan itu. Baba saya selalu berpesan, tension macam mana pun, malas macam mana pun, paksakan diri berusaha dan baca buku, kerana kadang-kadang paksaan itu sebenarnya jalan yang membawa kita kepada kejayaan, dengan syarat niat kerana Allah. Jangan sesekali tinggalkan niat kerana Allah itu, kerana tanpa keredhaan Allah, kita tidak mungkin berjaya. Kalau berjaya sekalipun, kejayaan itu tidak bermakna pun.

Kita berusaha bermati-matian untuk mendapatkan result yg cemerlang. Kita bersungguh2 untuk lulus exam. Itu adalah perancangan kita untuk masa depan kita. Tapi kita harus ingat, kita hanya mampu merancang, namun Allah telah menetapkan perancangan yang terbaik untuk kita. Jika hasil yang kita dapat tidak sama seperti yang kita jangkakan, atau kita merasa hasil tersebut tidak padan dengan usaha kita, jangan sesekali mempertikaikan hasil tersebut, kerana Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Bertepatan dengan firman Allah, "Allah mengatur semua urusan."Ar-Ra'du:2. Mungkin ada silap yang pernah kita lakukan sehinggakan kita gagal mendapatkan apa yg kita inginkan. Malah mungkin Allah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita sebenarnya. Kita tidak tahu perancangan Allah terhadap kita, apa yang mampu kita lakukan sebagai hamba-Nya adalah berusaha sebaik mungkin, berdoa, seterusnya bertawakal.


Ramai yang salah faham tentang konsep tawakal. Tawakal perlu disertai dengan usaha dan doa. Tiga perkara ini memang tidak boleh dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Tidak lengkap satu daripadanya, maka cacatlah ia. Lihat sahaja pada erti tawakal itu sendiri : melakukan sesuatu sebaik-baiknya dan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita memang perlu bertawakal, tetapi setelah kita berusaha. Usaha seorang hamba sudah, dan usaha perlu diteruskan dengan doa yang istiqamah dan tawakal yang penuh kepadaNya. Yang penting, kita perlu mulakan dengan usaha yang sepadan dengan apa yang kita harapkan. Setelah berusaha dengan sehabis mampu, maka bertawakal lah kepadaNya. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberikan jalan keluar kepadanya.

Di saat kita tension, kita mungkin merasakan kita bersendirian, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan yg lain rileks jer. Pada masa itu, kita harus ingat kita tidak pernah bersendirian. Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya. Dia-lah tempat terbaik untuk luahkan apa yang terbuku di hati, melepaskan semua tension dan stress yang kita rasai. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar. Dia tidak meminta apa-apa pun sebagai balasan. SubhanAllah.


Akhir kalam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini, seandainya pernah tersilap kata, tersalah bicara, ataupun salah silap yang lain sama ada sengaja atau tidak. Sesungguhnya diri ini hanya insan yang kerdil, kadang-kadang tidak pernah terperasan apa yang diucapkan atau dilakukan sebenarnya mengguris hati orang lain. Ampun dan maaf dipinta. Halalkan semua makan minum, atau apa2 sahaja yang saya dapat selama perkenalan ini. Sama-sama berusaha yang terbaik, dan sama2 berdoa semoga kita najah di dunia dan akhirat, amin, insyaAllah. Buat kawan-kawan, ALL D BEST untuk exam nanti!!! ^_^

"sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, 
sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani,
sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai,
sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui,
jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi,
jangan pernah berhenti berdoa kpd Rabbi,
kerana harapan adalah masa depan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana DOA adalah pintu kebaikan, dan
kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman…"

No comments:

Post a Comment